Petikkan di bawah dari Berita harian online !!
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk
mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi
‘Bisphenol A’ (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan,
Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata perkara itu diputuskan
oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana
sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu
tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi
terutamanya bayi dan kanak-kanak.
“Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ”bisphenol A” ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk
memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara
berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat
pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.
“Pihak industri diberi tempoh masa satu
tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian
mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai”.
Tindakan pengharaman itu diambil dengan
mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem
hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya
bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung
sistem hormon dalam tubuh bayi.
Liow berkata pengharaman itu juga adalah
selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan
penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark,
Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh
Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga
menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada
suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.
“Pemantauan secara berterusan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada
botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji,” katanya.
Beliau meminta pengguna mengambil
langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi
BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang
disarankan kementerian.
Liow menasihatkan pengguna supaya
menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di
pasaran mengikut kemampuan masing-masing.
Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.
No comments:
Post a Comment