Apa itu Bisfenol A (Bisphenol A) — BPA
. Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga
anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan
pendedahan terhadap BPA.
Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang
terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi.
Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam
pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral,
bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan
untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam
tin.
Kesan botol susu bpa terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang
BPA dari produk mengandungi bahan
berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan
seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam
badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah
hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan
janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan
pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser
prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga
dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan
merosakkan kromosom.
Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan
Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya,
kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah
bahan kimia (termasuk sabun pencuci).
Pengkaji dari University of Cincinnati
melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol
polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih
cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air
kosong).
No comments:
Post a Comment